Langkau ke kandungan utama

Hajjah Nafiah Binti Hj.Abdul Rauf Bin Tok Ungku Syeikh Muhammad Yusuf Al-Khalidi


Nenda saya ini dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1894. Merupakan anak tertua kepada Hj.Abdul Rauf dengan Saodah binti Hj.Osman ( Kadhi K.Lumpur 1). Adik - adiknya yang lain adalah - Jalaluddin , Hjh. Saleha dan Hj. Ismail Raufy (lain ibu). Sejak kecil hingga ke zaman perkahwinannya, beliau tinggal di K.Lumpur.
Beliau mendirikan rumahtangga dengan Hj. Muhammad Nur Ismail (Kadhi Kerajaan Langkat) sekitar tahun
1910. hasil perkahwinannya dengan Hj.Muhammad Nur Ismail dikurniakan 7 orang anak. Sejak perkahwinannya , beliau menetap di Binjai,Sumatra Timur hingga tahun 1939. Setelah itu beliau menetap semula di K.Lumpur hingga akhir hayatnya.
Bersama dengan suaminya serta madunya ( Juriah Binti Muhammd ) telah membuat minyak urat yang diberi nama 'Mirat' pada tahun 1922. Syarikat yang membuatnya  diberi nama 'MONFIRI' ( MOhammad Nur, naFIah, juRIah ).
Beliau kembali kerahmatullah di Jalan Pawang,Datuk Keramat pada 23 April 1980 bersamaan 8 J.Awal 1400 kerana sakit tua. Dikebumikan di Perkuburan Islam Ampang, K.Lumpur berhampiran kubur suaminya serta anak-anaknya.
Ya Allah , Ampunlah dosa-dosanya serta tempatkan bersama Anbiya serta para solihin ! Amiin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!