Langkau ke kandungan utama

AL-ALIM AL-MUARIKH SYAIKHUNA ALMARHUM HJ.WAN MUHAMMAD SHAGHIR BIN ABDULLAH AL-RIAUWI AL-FATANI


Sempena haul ke 6 guruku kembali kerahmatulallah disini saya coretkan sedikit kesah beliau bersama saya  untuk kenangan kita semua.
Adalah almarhum guru saya ini mula  berkenalan pada tahun 1991 di satu simposiam di Pusat Islam K.Lumpur. Semenjak itu saya saling berhubung dengan beliau untuk memperolehi maklumat tentang ulama Melayu khususnya yang bertalian keluarga dengan saya. Juga saya memberi beberapa maklumat tentang ulama yang saya ada maklumat tentangnya. Memandangkan beliau tinggal berhampiran dengan rumah saya,saya sempat belajar dengannya beberapa kitab. Antara kitab-kitab ialah Faridatul Faraid, Munyatul Mushalli, Hidayatul Salikin, Unwanul Falah, Bahjatul Muhtadin dan lain-lain lagi. Kerap selepas selesai pengajian saya sempat mendengar kesah-kesah ulama-ulama Melayu dari beliau. Al-marhum mementingkan ilmu pe ngetahuan. Beliau akan mencatat apa-apa maklumat yang beliau terima. Disayangi oleh murid-murid kerana sifat peramah dan merendah diri. Beliau boleh di umpamakan seperti ensiklopedia tentang sejarah ulama jawi dan tentang sejarah islam di Nusantara
Terakhir sekali sayai berjumpa beliau pada malam hari Ashura ( 28 Januari 2007 ), hari  mula .beliau jatuh sakit. Beliau kembali kerahmatulAllah pada hari Khamis 12 April 2007 dikediaman beliau. Jenazah dikebumikan di Gajah Mati berhampiran kubur ulama besar Kedah ( Pak Chu Him ) datuk sepupunya. Dimana lagi saya dapat guru sepertinya ! Al-Fatihah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...