Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

AHMAD BIN HAJI OSMAN - KETUA KAMPUNG BANDA DALAM TAHUN 60AN DAN 70AN

Dilahirkan sekitar tahun 1908 di Batu 4 , Jalan Gombak. Orang tuanya Hj.Osman Bin Abdullah ( Kadhi K.Lumpur 1) dan ibunya Fatimah binti Pakeh Salad. Dari kecilnya hingga ke hari tuanya menetap di Jalan Gombak, kampung halaman ibunya. Menerima pendidikan mudanya di  Sekolah Melayu di K.Lumpur. Juga menerima pendidikan dari kekandanya  yang merupakan orang Melayu terpelajar di masa. ( Munshi Abdul Rahman - seorang guru Melayu di Pejabat Residen British di K.Lumpur dan Abd.Rahim - Pengasas 'Majalah Guru' dan Penyelia Asrama Melayu di Kg.Baru ).Ketika mudanya beliau bersama2  tokoh Melayu yang lain di Setapak menubuhkan 'Persatuan Melayu Setapak'(1928). Beliau bertugas di percetakkan negara di Jalan Raja (sekarang bersebelahan Dataran Merdeka) .Ketika zaman Jepun beliauberada di Seremban bertugas di syarikat getahdan tinggal bersama-sama adindanya ( Dato Shahbandar Abu Bakar ) di Ampangan hingga akhir perang dunia ke 2. Selepas perang , beliau bertugas di Jabatan pene...

AL-ALIM AL-MUARIKH SYAIKHUNA ALMARHUM HJ.WAN MUHAMMAD SHAGHIR BIN ABDULLAH AL-RIAUWI AL-FATANI

Sempena haul ke 6 guruku kembali kerahmatulallah disini saya coretkan sedikit kesah beliau bersama saya  untuk kenangan kita semua. Adalah almarhum guru saya ini mula  berkenalan pada tahun 1991 di satu simposiam di Pusat Islam K.Lumpur. Semenjak itu saya saling berhubung dengan beliau untuk memperolehi maklumat tentang ulama Melayu khususnya yang bertalian keluarga dengan saya. Juga saya memberi beberapa maklumat tentang ulama yang saya ada maklumat tentangnya. Memandangkan beliau tinggal berhampiran dengan rumah saya,saya sempat belajar dengannya beberapa kitab. Antara kitab-kitab ialah Faridatul Faraid, Munyatul Mushalli, Hidayatul Salikin, Unwanul Falah, Bahjatul Muhtadin dan lain-lain lagi. Kerap selepas selesai pengajian saya sempat mendengar kesah-kesah ulama-ulama Melayu dari beliau. Al-marhum mementingkan ilmu pe ngetahuan. Beliau akan mencatat apa-apa maklumat yang beliau terima. Disayangi oleh murid-murid kerana sifat peramah dan merendah diri. Beliau boleh di ...

MAIMUNAH BINTI HAJI OSMAN

(Anakanda tunggal Maimunah - Hjh Jamilah) Nenda sebelah ibu saya. Tiada banyak maklumat tentang beliau kerana beliau meninggal dunia di usia muda,sekitar tahun 1927 - 1928. Dilahirkan kepada pasangan Qadhi Haji Osman Bin Abdullah ( Qadhi K.Lumpur yang 1 ) dengan Fatimah Binti Pakeh Salad. Beliau adalah anak ke 2 kepada pasangan tersebut. Lahir di K.Lumpur pada tahun 1906 (maklumat diterima daripada adindanya, Ahmad Hj Osman). beliau bernikah dengan nenda saya Haji Musa Bin Muhammad Salleh (berasal dari Kg.Batu,Selayang) seorang guru agama terkenal  yang mengajar sekitar Jalan Ipoh,Segambut,Selayang dan Gombak pada tahun 1920an dan 1930an Dari kecil hingga ke akhir hayatnya beliau tinggal bersama-sama nenaknya ( Hjh.Kamariah binti Hj Zainal Abidin) di Batu 4,Jalan Gombak.Hasi perkongsian hidupnya bersama Hj.Musa ,dikurniakan seorang anak perempuan (Hjh Jamilah - bonda saya).Ketika anaknya berusia 1 tahun , beliau kembali ke rahmatullah. Dikebumikan di Perkuburan Islam Kg Pua...