(27.12.1919 - 11.07.1991)
HAJI ABDULLAH KAMIL - PATRIOT,WARTAWAN DAN DIPLOMAT.
Dilahirkan pada 21 Disember 1919 di Binjei,Sumatera Timur. Merupakan anak ke 3 kepada nenda saya - H.Muhammad Nur Ismail ( Qadhi Kerajaan Langkat ). Menerima pendidikan agama dari orangtuanya serta murid-murid bapanya seperti Syeikh Abdullah Afifuddin dan Haji Zainal Ariffin Abbas. Pendidikan rendah pula di Binjei dan Khalsa English School dikota Medan. Sebelum menuntut di K>Lumpur mengambil peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan tersebut pada tahun 1936. Ketika remaja di Sumatra Timur giat menyertai bidang politik dan kewartawan. Bidang kewartawan - menjadi wartawan di akhbar Pewarta Deli. Bidang politik - menjadi pengerusi Parti Gerindo (Sumatra Timur).Pernah ditangkap oleh penjajah Belanda 2 kali. Akibat desakan dari pemerintah Belanda ketika itu beliau pun berhijrah ke K.Lumpur. Di K.Lumpur beliau mendapat pekerjaan sebagai wartawan memandangkan pekerjaan lama sebagai wartawan di Perwata Deli. Beliau menjadi wakil akhbar 'Warta Malaya' di K.Lumpur menggunakan nama 'Arif Budiman'.
Oleh kerana jiwa beliau yang anti penjajah amat menebal. Beliau bersama-sama pemuda Melayu yang lain merancang menubuhkan satu organisasi yang tersusun untuk membela umat melayu. bersama-sama pemuda melayu tempatan seperti Ibrahim Yaacob, Ishak Hj. Muhammad,Mustapa Husain dan lain-lain menubuhkan organisasi yang bernama Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938 di K.Lumpur. Penubuhan KMM menandakan detik permulaan usaha-usaha anak Melayu menyebarkan idea kemerdekaan bagi Malaya. Pemimpin2 KMM bolehlah berbangga kerana merekalah yang pertama menggunakan teriakan 'MERDEKA'. Beliau ditugaskan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agong KMM hingga tahun 1940. Selepas itu berpindah tugas ke P>Pinang. Jawatan beliau diganti oleh Ahmad Boestamam. Beliau ditangkap oleh British dan ditahan di Penjara Changi,Singapura. bersama dengan pemimpim2 kanan KMM. Kesah didalam tahanan ini ada dikesahkan didalam novel Sasterawan A,Samad Ismail dalam novelnya 'Putus Sayap Terbang Jua'. Dibebaskan ketika tentera Jepun berjaya menduduki Singapura.
Ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu,beliau menjadi pengarang akhbar Berita Malai dan Semangat Asia bersama dengan ishak Hj.muhammad dan A.Samad Ismail. Pada akhir tahun 1944 beliau dihantar oleh Jepun bertugas di Tokyo sebagai wartawan. Pulang ke Malaya tahun 1947 tetapi pihak British tidak membenarkan beliau berada di Malaya memandangkan aktiviti lampau beliau yang anti British. Lalu beliau terus ke Jakarta untuk berkhidmat dibidang diplomatik. Di Jakarta beliau kerap bersama2 rakan beliau seperti Ibrahim Yaakob,Karim rashid,Sutan jenain dan lain2. Dari tahun itu sehingga akhir hayatnya beliau bertugas sebagaidiplomat di Belanda (1949-54),Konsul di Malaya 1955-1960. penasihat duta besar di Tunisia,Duta besar di Yugoslavia,Austria dan akhir sebai Duta Khas di PBB.
Beliau kembali ke Rahmatullah pada Khamis 11.7.1991 di Jakarta dan dikebumikan di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, Jakarta. Al-Fatihah.....
Pakcik Wah (Hj Abdullah Kamil) ketika di Malaysia bersekolah di Victoria Institution
BalasPadamye, tahun 1936 hingga 1937
BalasPadam