Langkau ke kandungan utama

ABDUL HADI NOOR - PEJUANG YANG DILUPAKAN.


Dilahirkan pada tahun 1927 di Binjai,Sumatera Timur. Anak ke 5 dari datuk saya Qadhi Hj.Muhammad Nur dengan nenek saya Hjh.Nafiah binti Hj Abd Rauf Bin Syeikh Yusuf (tuk Ungku). Pendidikan awalnya di Binjai dan Medan. Turut serta bersama-sama abangnya berpolitik di Sumatera. Pada tahun 1938 berpindahbersama keluarganya dari Sumatera ke k.Lumpur atau yang lebih tepatnya di Kg.Baru.Beliau bergaul rapat dengan tokoh pergerakan Sutan Jenain di K.Lumpur. Sutan Jenain adalah tokoh pergerakan Indonesia yang menetap di K.lumpur ketika itu. Beliau menjadi Setiausaha Agong,Pembantu Indonesia  Merdeka dari tahun 1945 - 1949. Pembantu Indonesia Merdeka (P.I.M) merupakan sebuah pertubuhan politik yang bergerak secara menyeluruh di Tanah Melayu dan Singapura. PIM sangat cergas mencari pengaruh dan memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dikalangan rakyat keturunan Indonesia di Tanah Melayu ketika itu. PIM ditubuhkan pada 12 November 1945 di Singapura. Beliau mewakili PIM di kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,K.Lumpur. Ketokohanya berpindato di hadapan rakyat keturunan Indonesia di Malaya membuatnya digelar 'Sukarno Kecil'. Pada 31 Disember 1949 beliau ditangkap oleh pihak British dan dimasukan ke Penjara Taiping. Pihak British menghantarnya pulang ke Indonesia selepas itu. Bakatnya sebagai wartawan ketika muda dimanafaatkanya dengan bertugas sebagai wartawan di akhbar 'Times of Indonesia' dari tahun 1953 - 1959, akhbar 'Nusantara' tahun 1959 -1961, majalah 'Hari Minggu' tahun 1961 - 1962. Selepas itu dilantin oleh Pemerintah Indonesia bertugas di Kementerian Luar di beberapa negara Eropah dan India. Beliau kembali ke RahmatullAllah di Indonesia dengan meninggalkan 3 orang anak. begitulah riwayat beliau yang dapat saya coretkan. Al-Fatihah .....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...