Shahrir -> Mohd Kamil -> Nafiah ->Hj. Abd Rauf -> Syeikh Yusuf
Pendidikan
Awal pendidikan di Batu Sangkar. belajar kepada Ulama-ulama di Batu Sangkar, Minangkabau yang terkenal sebagai Pusat penyebaran 'Tarikat Naqshabandiyah Al-Khalidi. Setelah itu , melanjutkan pelajaran pula ke Mekah Al-Mukaramah. Di Mekah menuntut ilmu kepada Ulama-ulama Melayu seumpama Syeikh Ahmad Khatib Sambas, Syeikh Nawawi Al-Bantani, Syeikh Abdul Qadir bin Abd Rahman Al-Fatani. Juga belajar kepada Syeikh Ismail Minangkabau yang empunya kitab 'Kifayatul Ghulam'. Kepada Ulama-ulama bangsa Arab seperti Syeikh Ahmad Zaini Dahlan (Mufti Syafei di Mekah), Sayyid Abu Bakar Syatta dan lain-lain. Akhirnya mengambil Tarikat Naqshabandiyah kepada Mushid yang terkenal pada zaman itu iaitu Syeikh Sulaiman Zuhbdi di Jabal Qubais. Beliau pulang ke Tanah Jawi pada tahun 1860M, terus menetap di Sg Ujong (N. Sembilan). Beliau mengajar tarekat tersebut kepada orang ramai sekitar Sg Ujong, Melaka dan Johor. Ketika di Sg Ujong itu pada tahun 1861 Masihi, Syeikh Abd Wahab Rokan mula-mula mengambul Tarekat Naqshabandiyah daripada beliau. Namanya begitu mashyur ketika di Kerajaan Melayu tersebut. Beliau merupakan Murshid Tarekat Naqshabandiyah Al-Khalidiyah diantara zaman Syeikh Ismail Minangkabau dengan Syeikh Abd Wahab Rokan . Pada tahun 1870 Masihi , beliau kembali ke Mekah dan tinggal bersama gurunya, Syeikh Sulaiman Zuhdi di Jabal Qubis. Ramai pembesar-pembesar Melayu dan raja-raja mengambil tarekat tersebut kepada Syeikh Sulaiman Zuhdi. Antaranya Sultan Musa Al-Muazam Shah, Sultan Langkat. Apabila Sultan Musa Langkat pulang ke Langkat , beliau memohon Syeikh Sulaiman Zuhdi agar khalifahnya di Alam Melayu iaitu Syeikh Yusuf pulang bersamanya di Langkat, Sultan Musa menjadikan Syeikh Yusuf Al-Khalidi sebagai ' Sheikhul Islam' - tempat rakyat bertanya rujukan . Rumah sulok / tempat aktiviti beliau di Langkat ialah di sebelah Masjid Azizi. Syeikh Yusuf dikeramatkan orang di Langkat. Di Langkat, beliau dipanggil dengan gelaran 'Tok Ungku' iaitu satu gelaran bagi Ulama yang keramat. Tinggallah beliau dalam suluknya di Tanjung Pura hingga wafatnya pada tahun 1905 Masihi. Antara murid-muridnya ialah Sultan Musa Al-Muazam Shah Langkat, Ulama Langkat Deli dan yang terkenal Syeikh Abd Wahab Rokan Al-Khalidi. Setelah beliau wafat, rumah suluk dan pengajian diwarisi oleh menantunya Syeikh Muhammad Thaib b. Abdullah Cangking (wafat 1340H/1922).
Ramailah keturunanya yang bertaburan di Malaysia dan Indonesia . Begitulah riwayat beliau seperti mana adanya. Disini saya buat syair untuk waris- warisnya.
Jika sungguh tok ungku moyangmu,
Fatihahkan dia jangan jemu,
Serta dengan kenduri dan jamu,
Barang yang dapat atas usahamu.
Assalamualaikum Tuan.
BalasPadamMohon hubungi saya kerana ada pertanyaan khusus untuk penjelasan lanjut dari Tuan.
Email: marshallded@gmail.com
hubungi saya melalui no, telefon saya - 016 6317931 terima kasih
Padam