Langkau ke kandungan utama

IBU HALIMAH NOOR (1916-2003)

Ibu Halimah Noor berdiri di tengah gambar 
(1996)


Lahir pada tahun 1916 di Panchor,Kota Tinggi,Johor. Anak ke 2 Hj.M.Nur dan Hjh.Nafiah.Menerima pendidikan awal dengan ayahandanya  dan murid2 ayahandanya seperti Hj.Halim Hassan,Abd Rahim Haitami,Syeikh Abdullah Afifuddin Langkat.seterusnya menuntut di Madrasah Islamiyah Al-Arabiyah,Binjei selama 5 tahun. Ikut bersama orang tuanya berpindah ke K.Lumpur pada tahun 1939. Tinggal bersama orang tuanya di Kg.Baru. Pada tahun 1946,beliau menjadi AJK Kaum Ibu,Pembantu Indonesia Merdeka. Pada tahun 1947 mendirikan sekolah agama untuk wanita yang dikenali sebagai Taman Pendidikan Islam (TAPIS) di Kg.Baru.Bersama adiknya Imran Noor membangunkan sekolah tersebut. Penuntut yang belajar di TAPIS terdiri dari anak2 Melayu seluruh Tanah Melayu.Pada tahun 1950an dan 1960an merupakan sekolah agama bagi perempuan yang cukup masyhur di Tanah Melayu. Penuntut2 lepasan sekolah ini di hantar melanjutkan pelajaran agama mereka  ke Padang Panjang,Jokja atau ke Mesir.
TAPIS akhirnya ditutup pada tahun 1974 maka berakhirnya sejarah yang harum itu,yang telah melahirkan cerdik pandai anak bangsa dalam pembelajaran agama .
Hari2 akhir beliau tinggal di Jakarta.Beliau kembali kerahmatullah jam11.25 malam hari Isnin 28.04.2003 di Jakarta pada usia 88 tahun. AL-Fatihah !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...