Langkau ke kandungan utama

Riwayat Diri

Gambar diatas adalah gambar terawal saya.(yang memegang bola).Diambil di K.Pilah sekitar tahun 1969 sempena kedatangan allahyarhamah Mak Cik Kun,Jakarta - isteri Pak Etek(Abd.Hadi Noor).

Riwayat Ringkas Diri Saya

Adalah saya dilahirkan di K.Pilah, 46 tahun yang lampau pada bulan Mei.Dinamakan saya SHAHRIR sempena nama PM Indonesia/pemimpin besar Republik itu,Sutan Sjahrir,yang mana telah meninggal dunia sebulan sebelum sya dilahirkan. Orang tua saya - MUHAMMAD KAMIL & JAMILAH ketika itu menetap diK.Pilah. Kedua2 org.tua saya masih dalam lingkungan keluarga besar Tuk Ungku Syeikh Yusuf Al-khalidi. Saya adalah anak yang bongsu dari 8 adik-beradik. Saya tinggal di K.Pilah sejak dari lahir hingga berumur 8 tahun. Pada umur 7 tahun saya bersekolah di S.Rendah Tuanku Munawir,K.Pilah. Selepas itu kami sekeluarga berpindah ke Kg.Baru,K.Lumpur di No.36 Jln.Hamzah, rumah lama peninggalan nenek kami(Hjh.Nafiah). Saya tinggal di Kg.Baru dari tahun 1974 hingga ayah saya kembali ke rahmatullah pada 3-2-1976. Ketika menetap di Kg.baru. Saya bersekolah  di S.Rendah Jln.Temerloh. Selepas itu bersekolah di S.Men.tinggi Setapak. Ketika itu tinggal di Gombak hinggalah kini

Gambar bersama isteri, NURASYIAH BINTI HJ ISMAIL RAUFY

Saya bernikah dengan isteri saya , NURASYIAH BINTI HJ ISMAIL RAUFY (juga merupakan dalam lingkungan keluarga Tok Ungku Syeikh Yusuf - cicitnya) pada 18 ogos 1996 di Tg. Pura,Langkat. Hasil perkongsian hidup kami, dikurniakan sepasang anak . Yang tua diberi nama MUHAMMAD YUNUS KAMIL dan yang muda diberi nama FATIMAH SHAZWANI. Sekarang ini mereka berada di sekolah menengah. Begitulah sekumit perihal diri saya sekeluarga. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!