Langkau ke kandungan utama

Muhammad Kamil Bin Hj Muhammad Nur




Muhammad Kamil Bin Hj Muhammad Nur
(1914 - 1976)
_________________________________________________________________________________

AYAHKU....
Diberi nama MUHAMMAD KAMIL ,anak sulong kepada pasangan Hj.Muhammad Nur dan Hjh.Nafiah.dilahirkan pada tahun 1914 di Panchor,Kota Tinggi,Johor.  Panchor adalah kampung ibu tirinya (Juriah Binti Muhammad). Ketika berumur sekitar 4/5 tahun,beliau sekeluarga dibawa ke Langkat (tempat datuk dan neneknya tinggal).Pada tahun 1920 ayahnya menjadi Qadhi Kerajaan Langkat di Binjai.Menetaplah beliau di Kota Binjai. Persekolah beliau ketika muda adalah di sekolah dasar. Didikan agama diperolehi dari ayahnya dan murid-murid ayahnya .

Pada tahun 1929 beliau melanjutjan pelajaran ke Tanah Jawa iaitu di Djojakarta di Perguruan Taman Siswa selama 4 tahun. Pemergian beliau ke sana adalah atas perbelanjaan/biasiswa Kesultanan Langkat. Ketika itu ramai putra-putra Langkat dikirim ke Jawa,T.Tengah dan Belanda untuk mendapatkan pendidikan tinggi.Ketika di Taman Siswa,beliau banyak bergaul dengan pemimpin2 politik,turut menyertai Partai Nasionalis Indonesia(pimpinan Hatta/Sutan Sjahrir)

Bergambar bersama keluarga pada tahun 1932 
(berdiri dibelakang, kanan sekali)

Gambar ketika di Taman Siswa, Yogyakarta 
1930


Setelah selesai persekolahan di Taman Siswa,Yogyakarta, beliau kembali ke Langkat pada tahun 1935.Tinggal bersama orang tuanya di Binjai. Ketika itu suasana melawan penjajah Belanda begitu bergelora. Beliau kerap bersama2 menghadiri rapat politik. Beberapa kali beliau ditangkap oleh penjajah Belanda. Pada penghujung tahun 1940 beliau berserta keluarga berhijrah ke K.Lumpur.(K.Lumpur adalah kampung isterinya,Hjh.Nafiah). Di.K.Lumpur, beliau sekeluarga tinggal di Kg.Baru. Pada Disember 1943,ayahnya yang dicintai kembali kerahmatuAllah,dikebumikan di Perkuburan Ampang.Tinggallah beliau sekeluarga hingg tahun 1945(zaman Pendudukan Jepun)

Pada tahun 1945,beliau bernikah dengan Hjh.Jamilah Binti Hj.Musa di Ampangan ,Seremban.Majlis diadakan disana kerana isterinya tinggal bersama ayah saudaranya (Dato Syahbandar Sg.Ujong)

Selaku Pengurus Besar P.I.M berjumpa dengan Pemimpin Kemerdekaan India, 
Pandit Jawaharlal Nehru di Kuala Lumpur.1946

Setelah tamat Perang Dunia ke-2 (1945) beliau melibatkan diri dengan politik tanah air dengan menubuhkan Pembantu Indonesia Merdeka (P.I.M).Badan yang membantu perjuangan Kemerdekaan Indonesia diluar Indonesia. Badan ini menggumpulkan rakyat keturunan Indonesia di Malaya. PIM merupakan badan politik yang yang terkenal ketika itu. Berkerjasama dengan partai kiri di Malaya seperti PKMM,Saberkas,AWAS,API bahkan dengan PKM.Pada tahun 1948 ,Darurat diistiharka ke seluruh Malaya.P.I.M dibubarkan.Beliau di P.I.M adalah selaku Pengurus Besar. Diantara tahun 1949 hingga 1953 beliau terjun dalam bidang kewartawanan di New Straits Times. Pada tahun 1954 beliau mula berkerja dengan kerajaan sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat. Pada tahu 1974 beliau bersara. Pada tanggal 3.2.1976 beliau kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan isteri dan 8 orang anak. Selamat dikebumikan di Perkuran Ampang bersebelahan pusara orang tuanya Ampunlah dosanya dan tempatkanya bersama salihiin.AMEEN.......!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...