Langkau ke kandungan utama

HJ Muhd Nur Ismail - Kadi Kerajaan Langkat

HJ Muhd Nur Ismail (1879-1943)

Pertama kali saya terbaca kesah datuk sya ini ialah pada awal tahun 80 an. Terbaca didalam buku (AYAHKU) karangan Buya Hamka. Buku tersebut menceritakan perihal ayahnya dan perkembangan agama di Sumatera. Dalam buku tersebut dicatatkan bahawa Hj Mohd Nur adalah salah seorang murid kepada Syeikh Ahmad Khatib(ulama besar Melayu di Mekah dan juga Imam serta Khatib di Masjidil Haram di akhir kurun ke 19). Juga dalam buku tersebut dikatakan oleh Hamka bahawa tulisan Hj.Mohd Nur Ismail serupa dengan tulisan ayahnya(Hj.Abdul Karim Amrullah) cantik dan kemas. Pada tahun 2006 catatan guru saya (Almarhum Syeikhuna Hj.Wan Shaghir) memuatkan kesah beliau dalam sejarah ulama Nusantara. Sejak tarikh itu saya berusaha menggumpulkan bahan tentang beliau untuk dicatat dalam pengkesahan berkenaan beliau.

Dilahirkan pada tahun 1296H/1879M.Orang tuanya - Hj.Ismail berasal dari Cangking,Minangkabau manakala ibunya,Aminah dari Palembayan,Minangkabau. Sejak kecil menetap di Langkat,Sumatra Timur. Pendidikan agama diperolehi dari ayahnya dan ulama2 Langkat. Ayahnya seorang pedagang,mempunyai kebun di Langkat,Minangkabau dan Johor. Setelah mendapat pendidikan asas agama diLangkat,beliau dihantar oleh ayahnya menuntut ilmu di Mekah, menjadi puncak cita2 orang ketika itu menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah,atau lebih tepat lagi di Masjidil Haram beliau belajar dangan ulama2 Melayu/Arab antaranya Syeikh Ahmad Al-Fatani,S.Ahmad Khatib Minangkabau,S.Ahmad Yunus Lingga,S,Mukhtar Atarid Bogor,S.Usman Serawak.S.Muhd.Khayath,S.Umar Bajunid,S.Said Al-Yamani dll. Juga menerima amalan tarekat Naqshabandiyah dan Syatariyyah.

Setelah hampir 20 tahun di belajar di Mekah,beliau pun pulang ke Langkat.Di Langkat beliau bernikah dengan Hjh.Nafiah binti Hj Abd Rauf. Setelah bernikah dengan Hjh.Nafiah,ayahnya meminta beliau menjaga kebun beliau di Kota Tinggi,Johor.DiKota Tinggi beliau  mendapat 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Hjh.Nafiah( Mohd.Kamil dan Halimah). Ketika di Kota Tinggi beliau bernikah lagi dengan Juriah Binti Muhammad iaitu anak mandor yang menjaga kebun beliau. Disebabkan kealiman beliau dalam bidang agama maka Sultan Langkat melantik beliau menjadi Kadhi Langkat Hulu pada tahun 1918. Pulanglah beliau ke Langkat untuk menjabat jawatan tersebut.Ketika memegang jawatan tersebut telah terjadi 2 isu besar . 1-Isu Kaum Muda.Beliau mempertahankan faham kaum tua.dimasa isu tersebut memencak beliau telah menjemput Ulama mekah datang ke Langkat untuk membetulkan faham kaum muda. Ulama yang dimaksudkan iaitu Syeikh Abd Qadir Bin Sobir Al-Mandili .2-Isu Qadiani.,beliau bersama ulama2 sumatera timur yang lain telah memfatwakan kasalahan faham tersebut.

Foto bersama Syeikh Abdul Qadir bin Sobir AlMandili 

Murid-muridnya-

1.Hj Zainal Arifin Abas - pengarang dan ulama yang mashur di Sumatra
2.Ustaz Abd.Halim Hassan - pengarang tafsir Al-Quran
3.Syeikh Abdullah Afifuddin - Ulama Langkat
4.Tengku Amir Hamzah - pujangga Melayu
5.Tengku Fakhruddin - ulama besar kerajaan Serdang

Karya2 beliau-

1.Ilmu Tasawuf - diselesaikan  di Medan pada Isnin 15 Syawal 1357/7 Disember 1938. Kitab  dari petikan kitab Ihya dan Muizaatul Mukminin.
2.Risalah Puasa - diselesaikan di Kg Baru pada Jumaat 9 Rejab 1360/1 Ogos 1941 dalam tulisan jawi.
3.Kitab Hidayah Tullab - kitab Usuluddin diselesaikan di Langkat tahun 1930an.

Selain pandai mengarang kitab,beliau juga ahli membuat jamu Minyak jamu Cap Payung (MIRAT) mula dibuat oleh beliau serta isteri2nya pada tahun 1922m.
Diakhir usia beliau tinggal di K.Lumpur bersama keluarga beliau. Beliau kembali kerahmatullAllah pada hari Rabu 18 Zulhijjah 1362 bersamaan 15 Disember 1943 dalam usia 65 tahun. Dikebumikan di Perkuburan Ampang,K.Lumpur. ALFATIHAH......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!