Langkau ke kandungan utama

Catatan

MOHAMMAD ISA - PEJUANG KEMERDEKAAN YANG VISI0NER

Salah serang anak kepada myang Haji Ismail . Adik tiri kepada datuk penulis Haji Mohammad Noor. Lahir di Binjai dalam tahun 1909. Pendidikan - H.I.S , MUL0 , ST0VIT. Tahun 1936-1938 menjadi dosen doktr gigi STOVIT, Surabaya. 1938-1945 Praktik doktor gigi di Palembang. 1946- menjadi Residen Palembang. 1946-1948 menjadi Gubernor Muda Sumatera Selatan.1948-1950 -menjadi Presiden Universitas SriVijaya. Meninggal dunia pada tahun 1979. Al Fatihah......
Catatan terbaharu

Moyangku - Haji Ismail ( Datuk Sutan Randah ) , Penghulu Pekan Binjai.

Makam Haji Ismail Haji Shahrir Bin Mohd Kamil Bin Haji Muhammad Noor Bin Haji Ismail , begitulah silsilah saya. Moyang saya ini Haji Ismail berasal dari Cangking , Minangkabau . Tinggal di pekan Binjai hingga akhir hayat beliau. Di makamkan di Gang Syekh Samah di pekan Binjai . Di Binjai beliau adalah Penghulu . Digelar orang dengan gelaran Datuk Sutan Randah . Berkahwin 3 kali perkahwinan . Isteri 1. - Siti Sa'diah , anak - Hj.Muhammad Noor . Isteri 2. - Sharifah binti Tok Ungku Syeikh Muhammad Yusuf , anak - 5 orang ,semua menetap di Binjai . Isteri 3. - Hajjah Zainab binti Tuk Ungku Syeikh Muhammad Yusuf . Anak - Muhammad Amin ,Siti Zubaidah , Hassan , Dr.Darwis , Dr.Mohamad Isa dan Siti Nuriyyah. Haji Ismail mninggal dunia pada jam 5.05minit petang hari Isnin 22 Ramadhan 1336 bersamaan 1 .1 .1918 . Al Fatihah .......

SYEIKH ZAKARIA BIN HAJI AHMAD WAN BESAR - ULAMA DAN PENULIS KITAB AGAMA YANG PRODUKTIF .

Lahir pada 23 Januari 1925 . Pada usia 7 tahun ke Mekah Al Mukaramah  , tinggal serta menuntut ilmu agama. Menuntut ilmu dengan ulama- ulama yang terkenal seperti Syeikh Ismail Al Fathani , Syeikh Mutalib Al Mandili , Syeikh Yasin Padang , Syeikh Ali Al Maliki dan ramai lagi. Bila pulang ketanah air , beliau berdakwah serta mengarang buku -buku agama . Beliau pernah menjadi Mudir Madrasah Al Akhlaq di Guar Cempedak dan beberapa sekolah agama di Kedah Darul Aman . Juga pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah . Mengarang lebih dari 70 buah buku Agama . Ini menjadi beliau sebagai ulama yang paling produktif di Kedah dan Malaysia selepas era Merdeka. Tokoh ini meninggal dunia pada 25 Julai 2011 dan dikebumikan di Guar Cempedak , Kedah Darul Aman . Al Fatehah.........

SYEIKH ABDUL GHANI KUMPULAN AL KHALIDI - PEMIMPIN TAREKAT NAQSHABANDIYAH YANG TERKENAL DI SUMATERA TENGAH DAN SUMATERA BARAT.

Tokoh ini dikurniakan Allah usia yang panjang . Meninggal dunia ketika usia lebih dari 100 tahun iaitu pada 1961. Ketika usianya mudanya menuntut ilmu di kampungnya Kampar seterusnya belajar ke Minangkabau dengan ulama-ulama sufi disana. Setelah menjelang umurnya 30 tahun beliau naik haji ke tanah suci serta menuntut ilmu disana. Beliau menerima tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah dengan Syeikh Sulaiman Zuhdi . Tuan Syeikh Sulaiman Zuhdi menasihati beliau untuk kembali ke kampungnya untuk menyebarkan tarekat Naqshabandiyah. Di kampung halamannya beliau berdakwah serta menyebarkan tarekat tersebut. Masyurlah nama beliau sebagai Pemimpin atau guru Murshid di Sumatera Tengah dan Sumatera Barat di awal kurun 20. Ulama-ulama tua di Minangkabau ketika itu memandang beliau sebagai ulama yang dituakan. Antara muridnya yang yang masyhur ialah Tuan Syeikh Muda Wali Al Khalidi ( ulama besar Aceh ) dan ramai lagi . Ketokohan beliau sebagai tokoh besar tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah di Nusanta

HAJI ABDUL HALIM AL HADI - uLAMA DAN PENGARANG DALAM PENGAJIAN HADITH DI PULAU PUNANG DAN DI UTARA MALAYA

Kitab karangan ABDUL HALIM AL HADI Abdul Halim bin Noh bin Abdul Hadi bin Mayan Terona begitu namaya . Dilahirkan di Bayan Lepas , P.Pinang pada tahun 1904. Pendidikan asasnya adalah di Sekolah Melayu Parit Buntar dan pada masa yang sama belajar dengan Syaikh Abdullah Fahim di Kepala batas. Sekitar tahun 1920 an beliau menunaikan haji serta memperdalamkan pelajarannya di sana . Diantara gurunya ialah Syeikh Ali Maliki , Syeikh Mukhtar al Bughuri , Syeikh Umar Hamdan dan ramai lagi. Bila pulang ke tanah air beliau melibatkan diri menguruskan Madrasah Al Maarif al Watanniyah . Madrasah ini adalah sebuah sekolah agama yang terkenal di Utara Malaya ketika itu. Disamping mengajar beliau juga mengarang beberapa kita agama . Antaranya yang terkenal ialah Tajdhib Atraf al-hadith Sharah mafi kitab mukhtar al ahdith. Tarikh kematian beliau tidaklah penulis ketahui dengan pasti . Moga Allah menempatkan beliau bersama-sama para solihiin . Al Fatihah......

KIYAI MANSHUR BIN ABDUL HAMID AL BATAWI - ULAMA BETAWI YANG GIAT MENGARANG DAN PENCETUS PERGERAKAN KEMERDEKAAN INDONESIA.

Lahir pada tahun 1878 bersamaan dengan 1275 Hijri di Tanah Betawi. Nama penuhnya ialah Muhammad Manshur bin Abdul Hamid bin Damiri bin Imam Habib bin Abdul Mukhit ( Pangeran Tjokrodjojo Tumenggung Mataram ). Keluarga beliau berasal dari kalanggan bangsawan. Pada tahun 1894 berangkat ke Mekah dan menuntut di Mekah selama 5 tahun dengan guru-guru yang mashur seperti Syeikh Umar Sumbawa , Syeikh Muhammad Khayath , Syeikh Said Al Yamani , Syeikh Abdul Hamid Kudus dan ramai lagi. Seorang ulama yang produktif yang mengarang lebih kurang 40 buah kitab agama diantaranya yang terkenal adalah Kitab Sullam An - Nayrain. Juga banyak melibatkan diri dengan organisasi pergerakan kemerdekaan Republik Indonesia , Tokoh ini kembali kerahmatullah pada 12 Mei 1967 dalam usia hampir 90 tahun. Al Fatihah.........

ROHANA KUDUS - TOKOH PENDIDIKAN DAN WARTAWAN MINANGKABAU.

Nama penuh yang diberikan oleh orangtuanya ialah Siti Rohana. Lahir di Kota Gadang , Minangkabau pada 20 Disember 1884. Beliau bersaudara dengan Sutan Sjahrir ( Pemimpin kemerdekaan dan Perdana Menteri Indonesia ). Tidak pernah secara formal tapi belajar sendiri kepada orang tuanya , saudara maranya dan suaminya. Mendirikan suratkhabar khusus untuk wanita iaitu ' Soenting Melayu '.Pada zaman kaum wanita ketinggalan dalam semua bidang , beliau berusaha memajukannya. Turut juga memimpin akhbar 'Perempuan Bergerak' dan 'Cahaya Sumatera'. Tokoh yang berjasa ini kembali ke rahmatullah pada 17 Ogos 1972 di Jakarta pada usia 88 tahun. Al Fatehah....